SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

Sejarah Sekolah

Nama Sekolah : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BALAI BESAR, 23000 DUNGUN, TERENGGANU

Tahun Dibuka : 4 Januari 2004

Keluasan Sekolah : 15 ekar

Sekolah Menengah Balai Besar mula dibuka pada 4 Januari 2004. Sekolah ini berada di Kampung Balai Besar dan mempunyai keluasan sebanyak 15 ekar. Sekolah ini merupakan sekolah gred B iaitu sekolah kategori luar Bandar.

Sejarah sekolah bermula apabila berlakunya pemiawaian jumlah pelajar  di sekitar sekolah berhampiran dalam kawasan Balai Besar, supaya pelajar di kawasan ini berada di dalam zon pembelajaran yang lebih kondusif. Semasa pembukaannya pada awal tahun 2004, warga sekolah terdiri daripada pelajar SMK Tengku Intan Zaharah seramai 496 orang manakala guru-guru daripada sekolah-sekolah di Daerah Dungun seramai 36 orang.

Pada awal pembukaan tahun 2004, bangunan sekolah terdiri daripada 19 bilik darjah,  sebuah bilik guru, sebuah pejabat, 6 makmal sains, dan sebuah kantin. Bilangan pelajar dan guru semakin bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 2008, jumlah kelas dibuka ialah 30 buah bilik darjah, 2 bilik guru dan beberapa infrastruktur lain seperti pusat sumber, bilik PPSMI, bilik SAL, bengkel, bilik disiplin, bilik kurikulum, galeri, bilik APD, bilik PSV, surau dan bilik kesihatan dibuka bagi kemudahan P&P dan pengurusan sekolah. Blok elektif vokasional dan teknikal bagi hiasan dalaman mula dibina pada tahun ini dan siap sepenuhnya menjelang sesi persekolahan 2009.

Bermula pada tahun 2005, SMKBB melahirkan calon perintis bagi peperiksaan awam PMR dan SPM. Peratus keputusan meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 2007, sekolah berjaya melahirkan seramai 4 calon PMR yang mendapat 8A1 manakala pelajar terbaik SPM dalam aliran sains pula mendapat 4A1. Pada tahun 2006, sekolah mula mengorak langkah apabila mendapat kejayaan dalam bidang pengurusan sekolah bermula dengan anugerah pengurusan bilik guru terbaik daerah dungun, pengurusan disiplin terbaik peringkat negeri dan johan pengurusan iklim penyungguhan akademik terbaik peringkat daerah. Kecemerlangan yang dicapai dalam pelbagai bidang ini telah membawa kepada calon “Anugerah Sekolah Cemerlang 2008.   

Penjenamaan B’BesT mula digunakan pada tahun 2008 sebagai pengenalan SMKBB “Balai Besar Terengganu” yang juga bermaksud “Be The Best”

One response to “Sejarah Sekolah

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: