SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

60 peratus jenayah Terengganu di kalangan pelajar, remaja

Lebih 60 peratus kadar jenayah di Terengganu disumbangkan oleh golongan remaja yang kebanyakannya berumur 15 hingga 25 tahun.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata pembabitan golongan remaja ini dalam kes mencuri, merogol dan penyalahgunaan dadah antara lain disebabkan kurang pengawasan keluarga terhadap mereka.

“Untuk mengurangkan kadar jenayah di kalangan remaja di negeri ini, polis mengambil pelbagai pendekatan antaranya seperti kempen dan penerapan nilai-nilai murni.

“Namun usaha berkenaan tidak akan berjaya jika sekiranya ibu bapa dan keluarga sendiri mengambil sikap lepas tangan dan tidak mengawasi perlakuan anak-anak mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ditemui di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Mohd Shukri berkata PDRM melakukan kempen cegah jenayah dalam bentuk pendidikan supaya memberi kesedaran kepada pelajar dan remaja sepanjang hayat.

Katanya pihaknya juga berbincang dengan pengetua-pengetua sekolah bagi menjalankan kegiatan pencegahan jenayah khususnya menerapkan nilai-nilai disiplin diri pelajar-pelajar.

Secara keseluruhan, kadar jenayah indeks di Terengganu dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini berjaya diturunkan sebanyak 12 peratus iaitu 4,276 kes berbanding tahun lepas sebanyak 4,742 kes, katanya.

One response to “60 peratus jenayah Terengganu di kalangan pelajar, remaja

  1. JEJAK TRGNU 23 Oktober 2009 at 11:58 AM

    TAUBATLAH REMAJA TERENGGANU.. TERENGGANU THE BEST STATE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: