SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

Erti Motivasi


Bagi saya, motivasi adalah kuasa penggerak. Ia adalah pencetus usaha, pencetus semangat, pencetus kerajinan. Setiap orang yang rajin, dia adalah orang yang bermotivasi.

Jika dia malas, sudah tentu dia adalah orang yang tak bermotivasi.

Untuk sentiasa bermotivasi, Anda kena sentiasa bergerak.

Jika kurang bergerak, Anda akan merasa kurang bermotivasi.

Bergerak yang cemana? Rajinkan diri.

Rajinkan diri berusaha, rajinkan diri membaca, rajinkan diri melakukan apa yang perlu dilakukan.

Tanya diri Anda dengan soalan ini: “apa lagi yang belum siap?” lepas tu lihat sekeliling Anda. Selepas itu Anda akan tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya. Bila selalu buat camni, Anda dapat merubah diri menjadi seorangyang rajin.

Islam menggalakkan kita supaya selalu bergerak bermula dari penyempurnaan sembahyang – sebab itulah pahala bersembahyang di masjid lebih besar ganjarannya dari bersembahyang di rumah. Tujuannya untuk menggerakkan kita ke masjid. Bila dah 5 kali sehari bergerak ke masjid start dari waktu Subuh membawa ke waktu Isyak, kesannya kita akan terbiasa untuk sentiasa bergerak.

Jika Anda nak menjadi orang yang sentiasa bermotivasi, caranya Anda kena menjadi orang yang “always on the move”. Rajinkan tangan bekerja, diamkan mulut dan fokuskan fikiran. Gerakkan badan untuk sentiasa bergerak, berusaha, jangan asyik diam memikir saja tanpa berbuat apa-apa.

Memula memang agak payah sedikit. Buat saja. Lama kelamaan bila Anda dah menemui rentak dan sudah terbiasa, motivasi akan muncul dengan sendirinya.

Syaratnya? Anda mesti sentiasa bergerak! dipetik dari imotivasi…
learning is a never ending adventure

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: