SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

Wanita bakar diri tak tahan anak liar

Sumber : BHarian Online 10-01-10

NIBONG TEBAL: Seorang ibu tujuh anak membakar diri dengan mencurah petrol ke badan dipercayai kecewa dengan anak perempuannya berusia 15 tahun yang didakwa degil dan sering tidak pulang ke rumah.

Dalam kejadian di depan rumah mangsa di Jalan Hutan Lipur, jam 12.30 tengah malam itu, Rossliana Rosli, 33, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan melecur 54 peratus badannya dari dahi hingga pusat.

Wanita yang tertekan dengan kelakuan anak perempuannya menjadi bualan penduduk nekad membakar diri disaksikan anak keempat, Mohd Shahrul Aidil, 11, dan beberapa keluarganya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap, dekat sini sebelum dipindahkan Hospital Pulau Pinang dan dirujuk ke Unit Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah.

Suaminya, Marzuki Jamaluddin, 39, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mereka mempunyai anak berusia antara dua hingga 17 tahun.

Keluarga itu adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sebelum kejadian, Rossliana ke rumah ibunya, Hasnah Omar, 52, kerana anak perempuannya, Nur Hidayah, tidur di situ selepas merajuk ditampar beberapa hari lalu kerana tidak mendengar nasihat serta enggan belajar.

Mohd Shahrul yang tidur di rumah bapa saudaranya ketika kejadian, berkata apabila Rossliana memanggil Nur Hidayah supaya keluar dari rumah, lampu rumah itu terus dipadamkan menyebabkan ibunya hilang sabar.

Rossliana masuk ke rumah adiknya yang terletak bersebelahan lalu mengambil petrol dan menyalakan lilin sebelum keluar dan mencurahkan petrol ke badannya sambil mengugut untuk melakukan apa saja jika anaknya tidak keluar.

“Ibu juga memberi amaran jangan menghampirinya jika tidak mahu terbakar bersama-sama,” kata Mohd Shahrul yang memberanikan diri menepis lilin dipegang ibunya sehingga terjatuh dan padam sebelum wanita itu masuk semula ke rumah adik iparnya untuk menyalakan lilin dan terus membakar dirinya.

“Saya minta Pak Su (bapa saudara) menutup pintu bagi menghalang ibu masuk (untuk nyalakan lilin) tetapi tak sempat,” katanya.

Ahli keluarga wanita berkenaan dengan bantuan penduduk berjaya memadamkan api sebelum membawa mangsa ke hospital.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, mengesahkan polis menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk mengenal pasti punca kejadian, termasuk mengambil keterangan anak mangsa.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bercakap untuk melepaskan perasaan terhadap masalah yang dihadapi seorang anaknya yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat serta kerap tidak pulang ke rumah.

admin… para pelajar smk balai besar yang budiman… apa pengajarannya???…

One response to “Wanita bakar diri tak tahan anak liar

  1. teah 19 Januari 2010 at 12:48 PM

    kita janganlah membuat ibu bapa kita sedih dan sayangilah ibu kita.
    ibu yang mengandungkan,ibu yang melahirkan kia…setiap yang ibu inginkan untuk kita,itu adalah yang terbaik,oleh itu,kita mestilah menjadi anak yang baik,supaya ibubapa senang dan tidak sedih dengan sikap kita.dan jangan sampai ibu
    boleh membuat tindakan di luar jangkaan kita,sekian,tq for read

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: