SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

Ibu ‘terbang’ dari Sarawak terkilan dihalau anak


Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

SERDANG – Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.
Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.
Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya

One response to “Ibu ‘terbang’ dari Sarawak terkilan dihalau anak

  1. guru smkbb 24 Januari 2010 at 10:01 PM

    Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
    sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
    insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
    nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

    Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
    tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
    terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
    untuk kita.

    Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
    buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
    berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
    hebat yang pernah dialami.

    Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai
    sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
    apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.

    Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
    mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai
    balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
    sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

    Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu
    jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang
    tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

    Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
    kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
    membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
    untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda
    tersenyum.

    Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan
    rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda
    dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
    pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda
    inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
    untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

    Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
    menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan
    yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
    cukup untuk membuatkan anda bahagia.

    Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa
    ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain
    juga.

    Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
    yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
    yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

    Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
    mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka
    yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
    mereka.

    Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
    tangisan.

    Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
    telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
    sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

    Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
    tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
    andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
    menangis.

    Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita
    mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang
    yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih
    mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian
    orang lain.

    —-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: