SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

Tawaran Ke MTD Tingkatan 4 2011


Tawaran Kemasukan Putera Baru Ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 2011
Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja (MTD) adalah dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2010. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2010.

Syarat Am

Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2010.
Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

Jantina – Lelaki.
Tinggi minimum – 152 sm.
Berat minimum – 40.5 kg.
Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya 4A 2B di dalam peperiksaan Percubaan PMR 2010 dan berpotensi cemerlang dalam peperiksaan PMR 2010 nanti.
Pelajar yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
Perlu menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.

Temuduga MTD

Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga MTD.
Pelajar yang berjaya dalam Temuduga MTD akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2011 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Ujian Khas MTD (UKMTD)

Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:

Ujian Fizikal – Wajib lulus pemeriksaan kesihatan dahulu
Ujian Akademik = 50%
Keputusan Percubaan PMR – 40 markah
Ujian IQ – 40 markah
Ujian Fizikal = 30%
Ujian Fizikal – 30 markah
Penilaian Sukan – 10 markah
Penilaian Kepimpinan – 10 markah
Temuduga = 20%
Personaliti – 10 markah
Komunikasi 10 markah
Pengetahuan – 10 markah

Permohonan

Pemohon boleh memuat-turun borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03).
Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:

Sel Pemilihan, Pusat Pengurusan Maklumat, Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.

Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.

Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 2011 ditutup pada 30 September 2010.
Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
Sekiranya tiada jawapan sehingga 30 Januari 2011, permohonan dianggap tidak berjaya.

Maklumat

Sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jika terdapat sebarang pertanyaaan sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian 03 9086 7470 / 71 atau emel pemilihan@rmc.edu.my

7 responses to “Tawaran Ke MTD Tingkatan 4 2011

  1. hakimzailan 10 Januari 2011 at 11:05 PM

    lawak pun lawak jugak..
    sensitiviti tu…

  2. MUHAMMAD SUFI 13 Disember 2010 at 3:59 PM

    Bila 2nd selection?… bagaimana nak mohon MTD?
    Adakah Secara Online atau pengisian borang?
    adakah hanya pelajar yang mendapat keputusan 6A2B sahaja yang layak? sekiranya tidak mencapai syarat itu adakah layak untuk memohon MTD?…

  3. MUHD ADDIN 13 Disember 2010 at 1:59 PM

    ni da terlambat isi borang tp nk masuk ada sempat lagi x? impian jdk bdk boy

  4. admin 11 Disember 2010 at 9:33 PM

    terima kasih hakimzailan… gambo tu wat lawak jer… he he

  5. hakimzailan 10 Disember 2010 at 9:56 PM

    boleh dik..sebab biasanya ada 2nd selection awal tahun..
    sebab xsemua yang dapat berani masuk..
    so,akan ada bnyk ruang kosong..
    abg galakkan adik masuk..
    kemudahan kat mtd semua lengkap..

  6. afiq 10 Disember 2010 at 2:36 PM

    saya ingin masuk ke MTD bagi sesi tahun 2011 untuk tingkatan 4 … tapi saya telah terlambat sekarang sudah 10 disember bolehkah saya minta ??

  7. hakimzailan 9 Disember 2010 at 5:12 PM

    gambar xleh elok sket ke tuan admin?
    tu bukan gambar rmc rasenye..
    or nak perli kes budak mati?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: