SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

Peluang lebih luas di UiTM bagi anak Terengganu – MB

Kira-kira 1,000 anak Terengganu lepasan Pelajaran Malaysia (SPM) yang sederhana pencapaiannya dijangka berpeluang mengikuti program prasains dan perdagangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kuala Terengganu mulai Disember depan.

Ia dikhususkan bagi mereka dalam kalangan keluarga miskin yang merupakan sebahagian daripada usaha mempertingkatkan lagi jumlah pelajar anak negeri melanjutkan pengajian.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika mengumumkannya berkata, program pradiploma itu memberikan lebih banyak peluang dan pilihan kepada para pelajar untuk memajukan diri.

”Mereka akan ditawarkan mengikuti pengajian selama enam bulan hingga setahun sebelum berpeluang menyambung pengajian berdasarkan prestasi ketika mengikuti program berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cenderahati kepada guru seluruh Marang, di Kantin Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai di Marang, baru-baru ini.

UiTM Kampus Kuala Terengganu asalnya adalah Kolej Yayasan Terengganu (KYT), sebuah Kolej Bersekutu UiTM yang pertama di negara ini yang diwujudkan bagi membantu anak tempatan berdaya saing dalam pelbagai bidang.

Pada 1 Januari 2008, UiTM telah bersetuju untuk mengambil alih KYT yang terletak di Cendering untuk dijadikan Kampus Kuala Terengganu.

Ahmad Said berkata, kerajaan negeri juga sedang merangka satu program khusus berbentuk kemahiran kepada pelajar lepasan SPM yang tidak cemerlang menerusi mekanisme yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Terdahulu pada majlis itu, Ahmad Said menyampaikan pen drive yang direka bentuk khas bernilai RM100 kepada hampir 2,000 guru yang hadir.

Ia bagi memenuhi janji beliau kepada lebih 22,000 warga pendidik seluruh negeri ini untuk memberikan cenderahati kepada mereka yang berjaya mengangkat pencapaian akademik di negeri ini ke tahap membanggakan.

Kerajaan negeri membelanjakan RM2.4 juta bagi menyediakan cenderahati itu, sebagai salah satu bentuk penghargaan kerana telah naikkan imej Terengganu sebagai ‘negeri anjung ilmu’.

Katanya, hasil kegigihan para guru, Terengganu kini menduduki tangga teratas dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pencapaian itu termasuk kejayaan dinobatkan negeri terbaik selama sembilan tahun berturut-turut bagi UPSR, selain mengungguli peperiksaan SPM selama tiga tahun berturut-turut.

Menurut Ahmad Said, insentif kepada warga pendidik yang menerjaui usaha ke arah peningkatan kecemerlangan di sekolah-sekolah akan diteruskan termasuk lawatan ke luar negara.

Beliau menegaskan, usaha kerajaan membangun dan memajukan negeri akan menjadi fokus utama dalam pentadbirannya.

”Dalam tempoh setahun lagi, kesemua anak-anak Terengganu yang melangkah ke sekolah menengah merupakan kalangan yang ‘celik’ komputer.

”Kalau ada yang belum celik komputer kelak, mereka mungkin bukan kalangan anak negeri,” ujarnya yang merujuk kepada pemberian e-book dalam usaha membudayakan pengajian dan pembelajaran secara maya.

Beliau menarik perhatian kerajaan negeri juga akan membekalkan lebih banyak komputer riba kepada guru namun ia dilakukan secara berperingkat.

One response to “Peluang lebih luas di UiTM bagi anak Terengganu – MB

  1. bisnis rumahan 22 Februari 2013 at 12:57 PM

    I am a niche junkie and also work with sites to develop specialized
    niche internet sites on a regular basis. Every time When i build a brand new
    Wordpress blog site Most likely to set up unique WordPress plugins that
    leave SEARCH ENGINE OPTIMIZATION (search motor optimization) uncomplicated.

    Search engines like yahoo have a tendency to favor weblogs because they’re consistently current together with fresh written content presents the actual robots some thing not used to get. You possibly can make search engines cherish your current blogs while using following jacks which i employ every time My partner and i develop a new blog.

    Take this SEARCH ENGINE MARKETING problems while they come by strengthening your blog after which it taking care of the additional hyperlinks along with tickets you’ll
    be wanting. The most crucial tasks of SEARCH ENGINE
    OPTIMISATION is the content with your internet site,
    along with this is the simplest way to begin with together with normal ends in
    search engines like google.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: