SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

HARI INI PENENTU

Hari Ini Penentu
KEJAYAAN Hari Esok!
Manfaatkanlah hidup ini dan jalanilah hidup setiap hari seakan hari ini adalah hari terakhir anda. Buatlah setiap hari menjadi hari yang bermakna dan berjaya. Anda tidak boleh mengubah hari kelmarin. Esok belum pasti dating. Hari ini adalah satu-satunya waktu dan peluang yang ada.

Ramai yang suka mengingati masa lampau dan mengharapkan masa akan dating. Ia tidak berguna sekiranya hari ini yang anda miliki berlalu dengan sia-sia tanpa apa-apa tanggungjawab atau tindakan. Lupakan masa lalu, ia telah berlalu buat selama-lamanya. Kejayaan anda pada masa akan datang bergantung kepada apa yang anda lakukan hari ini. Demi kejayaan rebutlah lima masa: “Mudamu sebelum tua, sihatmu sebelum sakit, kayamu sebelum fakir, lapangmu sebelum sibuk, hidupmu sebelum mati.” (al-Bukhari).

Setiap fajar yang baru adalah kelahiran hari baru. Buatlah setiap hari menjadi harapan yang mulia. Ketika bangun pada pagi hari, bangunlah dengan harapan yang baik-baik. Apabila anda membiasakan harapan dengan perkara baik, biasanya perkara baik tersebut akan terjadi. Tindakan yang sederhana ini secara psikologinya turut mempengaruhi anda untuk bersikap positif.

Jika anda berbuat yang terbaik pada setiap hari yang anda miliki, maka setiap hari esok kehidupan anda akan terancang dengan sendirinya. Marilah kita menetapkan bahawa setiap hari ini adalah lebih bererti dan lebih baik dari semalam. Anda akan menjadi lebih sihat pada hari ini. Anda akan menjadi lebih bahagia pada hari ini. Anda hanya memerlukan sedikit usaha sahaja dalam tugas anda. Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan, namun dari hari ke hari usaha anda itu akan membuahkan hasil. Percayalah kepada Allah, dan dengan penuh keyakinan, bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.

Alangkah beruntungnya orang yang mengisi setiap harinya dengan tindakan yang cemerlang. Tindakan yang cemerlang itu secara tidak langsung telah membawa anda memasuki arus utama kehidupan. Anda telah mula hidup dengan teratur dan terkehadapan demi perkembangan kemanusiaan. Kesannya kita akan sentiasa ceria dan jiwa menjadi tenang. Seterusnya anda akan terus mempamerkan hanya yang terbaik dari diri anda. Sekiranya ini yang anda lakukan insyaAllah anda akan berjaya menjadi manusia yang mengenali dirinya sendiri, berjaya dan cemerlang dalam pelbagai bidang. Wassalam…………………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: