SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

Umum

firwallw1280x800_002the largest room in the world is room for self improvement

26 responses to “Umum

  1. nor athirah 29 Januari 2014 at 4:00 PM

    wah best cerita tu macam b best

  2. admin 12 September 2009 at 2:15 AM

    KAWALAN DIRI

    Kawalan diri adalah pantauan sepenuhnya ke atas emosi, tindakan, perilaku, kata-kata dan buah fikiran. Kawalan diri bermaksud kita mengawal apa yang kita ucapkan, apa yang bermain di fikiran, gambaran minda dan respon kita pada situasi-situasi di sekeliling.

    Kawalan diri terbaik adalah kawalan diri positif. Dengan mengamalkan kawalan diri positif, kita melatih diri kita untuk jadi berdisiplin terutama dalam mengawal tanggapan liar yang bermain di fikiran, kata-kata dalam hati, komunikasi dalaman dengan diri sendiri (innner communication) dan komunikasi dengan orang lain, iaitu komunikasi luaran (outer communication).

    Orang yang mengawal dirinya, adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Sebagai orang Melayu beragama Islam, untuk mempunyai kawalan diri yang amat baik, sebaiknya kita bermula denagn membentuk diri menjadi muslim terbaik.

    Kita mengamalkan sikap sabar, berhemah dalam membuat keputusan, bersikap baik dalam pergaulan, murah dengan senyuman dan keramahan. Orang yang cepat marah, cepat panas hati dan selalu melemparkan kata-kata kesat adalah orang yang kurang kawalan diri.

    Sebab, dia tidak mengawal emosi, tidak mengawal kata-kata dan tidak mengawal rasa marah yang meluap-luap. Itu menandakan dia tidak memilih untuk mengawal dirinya, sebaliknya membiarkan situasi disekeliling menguasai dirinya, hingga menyebabkan diri cepat naik marah.

    Bila kita sudah mahir mengawal diri, kita akan mahir mengawal apa yang ada di fikiran. Kita akan dapat menepis fikiran-fikiran negatif disamping bertahan apabila berdepan emosi-emosi negatif yang datang dari persekitaran tempat kita berada.

  3. admin 10 September 2009 at 5:37 PM

    Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ”Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.”Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ”Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.’ ‘ Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

    Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

    Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ”Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

    RASULULLAH S.A.W Bersabda: ”Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan”.

    Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ”Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya”.

    p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: