SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

Kemahiran Belajar

080904

KEMAHIRAN BELAJAR adalah merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR
1. Meningkatkan daya belajar dan daya intelek.
2. Memupuk disiplin belajar.
3. Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat.
4. Meningkatkan daya ingatan.
5. Pengurusan masa yang berkesan.
6. Memantapkan pembelajaran individu.
7. Mencapai cita-cita dan matlamat diri.
8. Membina budaya belajar yang betul dan berkesan.
9. Meningkatkan pencapaian individu.

8 responses to “Kemahiran Belajar

  1. nor athirah 29 Januari 2014 at 4:10 PM

    jika kita tidak boleh makan pagi macam mana nak buat

  2. Tanpa Nama 14 Mac 2012 at 3:34 PM

    Tolong berikan isi yang penuh dengan huraian…
    Terima kasih…

  3. Tanpa Nama 13 Julai 2011 at 4:08 PM

    bagaimana nk berjaya pmr???sye perlukan tip2..untuk jdi cemerlang…..dan meningkt kn daya ingatan…

  4. admin 27 September 2009 at 1:09 PM

    Kata-kata motivasi ke 44 dipetik dari abang Azizi Ali, dalam buku tulisannya bertajuk Jutawan Dari Plant Jupiter, muka surat 180-181. Kata Azizi…

    “Janganlah membaca kerana mahu bersaing semata-mata. Bacalah kerana Anda seronok berbuat demikian, dan mahu mendapat pengetahuan serta bagi pertumbuhan minda.

    Agama Islam bermula dengan iqra’ – bahasa Arab yang bererti baca. Sebenarnya, segala masalah yang kita hadapi dan akan hadapi di dunia ini telahpun ditempuhi oleh manusia lain sebelum ini. Mereka telah menghadapi masalah yang sama dan juga telah mendapat jalan penyelesaiannya. Jadi mengapa tidak belajar daripada mereka? Mengapa harus membiarkan masalah tersebut terus membuat hidup kita merana? Jawapannya sudah ada. Kita hanya perlu mencarinya daripada buku.”

    Pemula kejayaan adalah dengan membaca.

    Pemula penyelesaian masalah adalah dengan membaca!

  5. admin 14 September 2009 at 10:05 AM

    KELEKAAN

    Kita sering leka dengan keselesaan yang kita ada. Kita sering menganggap bulan September / November itu masih jauh lagi. Kita juga selesa kerana, pencapaian orang lain masih belum berada di tahap yang sepatutnya maka kita tidak perlu tegesa-gesa. Kita juga selesa dengan pencapaian yang kita ada setakat ini, sedangkan sebenarnya masih ada banyak lagi kelemahan yang perlu diatasi.
    Kita selesa dengan kemewahan yang kita alami kerana kita datang dari keluarga yang berada kita lupa kejayaan di masa hadapan adalah usaha yang bermula hari ini, sekarang.. namun ada juga yang selesa dengan kemiskinan yang dialami kerana beranggapan kalau berjaya pun tidak akan sampai ke mana-mana….
    Sebenarnya keselesan yang tidak dihargai dengan sebenar-benarnya adalah salah satu pembunuh masa depan seseorang… Keselesaan sebenarnya perlu dilihat sebagai peluang yang perlu digunakan sebaik-baiknya. Ada orang yang rajin tetapi dibataskan dengan kekurangan yang ada di dalam keluargnya. Ada yang punya kelebiihan tertentu tetapi hanyut dengan keselesaan yang ada di persekitarannya…

    Ubahlah keselesaan kepada peluang untuk meningkatkan diri, kecemerlangan diri…. ayuh…

  6. admin 14 September 2009 at 10:04 AM

    GAGAL KERANA TIADA MATLAMAT

    Matlamat belajar amat penting. Matlamat boleh menyuntik kesungguhan untuk belajar. Matlamat juga sebagai kayu ukur. Matlamat = Keputusan sebenar yang diharapkan untuk dicapai. Pencapaian semasa anda hendaklah dibandingkan dengan dengan target semasa anda. Jika markah pencapaian semasa anda lebih rendah dari markah target semasa anda, ini menunjukkan usaha perlu dilakukan lebih gigih untuk ujian seterusnya. Jika tidak kita akan sukar untuk mencapai matlamat akhir. Inilah pentingnya matlamat…. Anda ada matlamat ? Jika tidak … anda sebenarnya menyediakan diri untuk gagal…

  7. admin 11 September 2009 at 3:05 AM

    TIPS ATASI RASA MALAS

    Mungkin Anda pernah rasa malas tetiba, kurang bermaya, lemas, bingung atau keliru..mungkin juga malas bangkit cepat dari tempat tidur, kepenatan atau nak mengangguhkan sesuatu kerja yang sepatutnya dibuat sekarang, macam memasak, menaip assignment, membuat kajian, masuk bekerja di waktu petang (bagi yang kerja shift) atau berkebun… er, contoh saja, contoh.

    Malas, sikap negatif menyumbang kepada kelemahan diri, lantas menjadikan diri kurang cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan. Untuk jadi bersemangat dalam situasi ini, kita gunakan cara ‘memberi janji kepada diri sendiri’.

    Caranya begini. Beritahu diri Anda, yang Anda mahu buat sesuatu sekarang.

    Bila dah siap nanti, ambil sedikit masa menghadiahkan diri sendiri dengan sesuatu, mungkin sesuatu benda atau perbuatan. Hadiahnya boleh dalam bentuk ganjarang masa bersantai-santai, makanan, rehat, menonton wayang, lepak depan tv atau ketenangan.

    Contohnya, bila dah siap kerja nanti, hadiahkan diri sendiri dengan makanan yang enak, macam pizza perasa sate ke, roti canai inti sardin ke, apa-apalah makanan yang sedap. Ataupun, janji kepada diri sendiri, Anda akan mendengar lagu fevret Anda bila kerja dah siap nanti. Mungkin juga, janji kepada diri sendiri mahu bersantai-santai menonton Astro, minuman ditangan kiri, keropok di tangan kanan.

    Tapi, pastikan Anda betul-betul mengotakan janji yang Anda dah beritahu pada diri Anda tadi. Jika tidak, kita tak akan dapat melatih diri jadi bermotivasi. Tubuh Anda akan kurang memberi respon pada apa yang Anda setkan di minda apabila hal itu berlaku.

    Lama kelamaan bila selalu buat camni, Anda boleh mengawal rasa malas, lantas mengurangkan tahap kemalasan menjadi makin sedikit, sedikit, lalu menghilang langkah demi langkah.

    Minda kita cepat menumpu perhatian jika Anda ganjaran disebaliknya. Waktu kecik-kecik dulu, bila mak kita suruh kita sapu tangga ke, cuci kereta ke, mesti kita tak nak buat melainkan dia janji akan memberikan sesuatu sebagai ganjaran kepada kita bila kerja dah siap nanti.

    Kita akan jadi bertenaga bila kita tahu apa yang kita buat tu akan dibalas dengan sesuatu yang kita suka.

    Sukar untuk membuang malas sepenuhnya. Anda tak akan menang bila melawan malas, tapi Anda boleh menyalurkan malas ke masa lain, bukan masa ini. Maksudnya, Anda menangguhkan keinginan untuk bermalas-malas sekarang kerana Anda akan menikmati kemalasan tu pada masa lain.

    Bertangguh boleh, tapi biarlah kita bertangguh dengan cara bijak.

    Work hard in smart way!

  8. admin 6 September 2009 at 12:17 PM

    10 tabiat yang menyebabkan kerosakan otak

    1. Tidak mengambil sarapan pagi

    Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

    2. Terlebih makan

    Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

    3. Perokok

    Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

    4. Penggunaan gula yang berlebihan

    Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

    5. Pencemaran udara

    Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

    6. Terlebih tidur

    Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

    7. Menutup muka ketika tidur

    Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

    8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

    Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

    9. Kurang berimiginasi

    Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

    10. Jarang berfikir

    Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: