SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

Category Archives: berita pendidikan

KPLSPM 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia memperlawa calon lulusan Sijil pelajaran Malaysia ( SPM ) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Syarat dan kelayakan:

* Warga negara Malaysia
* Umur tidak lebih 20 tahun pada 20 jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991
* Sihat fizikal dan mental
* Aktif dalam ko kurikulum
* Mempunyai kelayakan akademik di peringkat SPM dengan mendapat cemerlang dalam 3 mata pelajaran dan
* sekurang2 kepujian dalam 3 mata pelajaran Bahasa melayu, sejarah, satu mata pelajaran yang lain serta lulus bahasa inggeris
* Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Berminat sila beli no pin ID maktab perguruan KPLSPM di Bank simpanan Nasional mulai 7 Mac dengan harga RM6.00

Boleh mula mengisi di Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 7/3/2011

Tarikh tutup ialah pada 21 Mac 2011

klik untuk iklan kplspm

Advertisements

Info Guru

KURSUS PRAPERKHIDMATAN
Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara program yang ditawarkan ialah:

i. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) : KPLI – SR , KPLI – j-QAF

SYARAT KELAYAKAN

* Warganegara Malaysia.
* Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
* Umur tidak melebihi 35 tahun
* Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara
* Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
* Calon KPLI j-QAF hendaklah memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Al-Quan atau dalam bidang yang berkaitan.

IKATAN PERJANJIAN

* KPLI SR – 2 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan
* KPLI j-QAF –

3 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan

Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) : PISMP, PPC, B-ed Tesl

SYARAT KELAYAKAN

* Warganegara Malaysia.
* Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
* Umur tidak melebihi 20 tahun
* Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
* Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :
o Bahasa Melayu
o Sejarah
o Satu mata pelajaran yang lain serta;
o Lulus Bahasa Inggeris

* Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon

IKATAN PERJANJIAN

– 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan

Cara permohonan ialah menerusi laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (on-line application)

Cerita STPM

Anak tukang sapu memperoleh 5A. Utusan.

PASIR MAS 21 Feb. – Sedih melihat ibunya yang terpaksa bekerja sebagai tukang sapu di sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja di sini, telah mendorong Attarmizi Ramli, 19, mencapai kejayaan cemerlang 5A dalam STPM yang diumumkan hari ini.
Kejayaan itu membolehkannya muncul pelajar tunggal di negeri ini mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut.
Menurut anak keempat dari tujuh beradik itu, dia sungguh terharu apabila saban hari melihat ibunya, Nor Aizan Mohd. Nor, 46, ‘mengusung’ penyapu membersihkan kawasan sekolahnya yang terletak kira-kira enam kilometer dari rumahnya di Kampung Kelar Tok Pukang dekat sini.
Jelasnya, ibunya bekerja sebagai tukang sapu di sekolah berkenaan sejak 2003 lagi dengan pendapatan kira-kira RM450 sebulan untuk menambah pendapatan keluarga bagi membolehkan dia dan tiga lagi adiknya berusia antara 17 hingga 12 tahun bersekolah.
“Saya sungguh terharu kerana ibu sanggup bekerja untuk menyenangkan kami bersekolah dan semangat ibu itu amat dihargai,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Attarmizi, kejayaan cemerlang tersebut merupakan hadiah istimewa untuk ibu dan bapanya, Ramli Che Hussin, 51, seorang peniaga yang turut mengerah kudrat mencari rezeki bagi mereka sekeluarga.
Jelasnya, kejayaan tersebut turut didorong oleh kejayaan dua abangnya yang kini bertugas sebagai guru dan kakak, seorang jururawat.
Mengenai kaedah pembelajaran yang diamalkannya selama ini, Attarmizi yang tinggal di asrama memberitahu, dia sering mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan sejak awal tahun bersama 15 lagi rakannya.
Jelasnya, dia bertindak sebagai ‘seorang guru’ kepada kepada rakan-rakannya itu semasa proses mengulang kaji mata pelajaran Geografi, Sejarah, Pengajian Am, Sastera dan Bahasa Malaysia.
“Kebiasaannya kami membaca antara pukul 9 hingga 11 malam, seterusnya menyertai perbincangan ‘berguru’ sehingga 2 pagi,” katanya.
Attarmizi berkata, berkat usaha yang mereka lakukan itu turut menyaksikan 10 daripada rakannya itu memperoleh sekurang-kurangnya 3A dalam peperiksaan tersebut.
Katanya, dia tidak menyangka mampu memperoleh keputusan cemerlang tersebut kerana hanya memperoleh 3A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.
Jelasnya, walaupun ada menerima tawaran ke matrikulasi ketika itu, tetapi dia telah membulatkan tekad untuk menjadi seorang guru dan mahu meneruskan pelajaran ke tingkatan enam seterusnya memasuki pusat pengajian tinggi.
“Harapan saya sekarang adalah untuk memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim bagi meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan,” katanya.
‘Buta mata, bukan buta hati’
JOHOR BAHRU 21 Feb. – Cacat penglihatan tidak menghalang pelajar Maktab Sultan Abu Bakar di sini, Muhamad Nadhir Abdul Nasir mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Anak ketiga daripada enam beradik itu mendapat 3A 1B iaitu memperoleh A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Sejarah dan B bagi Pengajian Perniagaan dan bercita-cita menjadi seorang usahawan berjaya suatu hari nanti.
Beliau yang bersekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru menjadi pelajar cemerlang negeri Johor bagi kategori calon istimewa – cacat penglihatan.
Dia nyata gembira dengan kejayaan tersebut, namun cukup merendah diri apabila ditanya tentang resipi kejayaannya.
“Saya bukan seorang yang bijak, genius dan tak berbakat, maka saya perlu berusaha lebih gigih daripada orang lain dan keputusan ini jawapan kepada usaha itu,” katanya yang ingin menyambung pengajian dalam bidang perniagaan.
Muhamad Nadhir menetap di Taman Seri Lembah, Kluang merupakan antara pelajar cemerlang STPM yang diumumkan oleh Pengarah Pelajaran negeri, Markom Giran di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini hari ini.
Beliau yang cacat penglihatan tahap dua sejak berusia sembilan tahun memberitahu, Sejarah satu-satunya subjek yang dipelajari menggunakan tulisan Braile manakala yang lain belajar seperti biasa.
Dalam pada itu, ibunya, Noormah Abu Bakar, 50, gembira pencapaian anaknya itu yang meneruskan keputusan membanggakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dicapai sebelum ini iaitu 7A 1B.
“Saya bangga dengan Muhamad Nadhir kerana dia tidak pernah menggunakan kekurangan yang ada sebagai alasan,” ujarnya.
Sementara itu, pelajar cemerlang keseluruhan negeri, Low Chea Yee, 19, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar, Muar dekat sini memberitahu, rahsia kejayaannya adalah belajar setiap hari terutama pada waktu pagi.
Dia yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan mendapat 5A memilih untuk belajar pada awal pagi kerana ketenangan yang dinikmati pada waktu itu amat sesuai untuk mengulang kaji pelajaran.
“Saya berhasrat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan dan Universiti Malaya merupakan pilihan utama saya,” katanya yang merupakan anak seorang pekerja kilang dan ibunya seorang suri rumah.
Pasangan kembar, Goh Guo Dong dan Goh Guo Liang daripada Maktab Sultan Abu Bakar di sini yang turut mencatat keputusan cemerlang STPM kali ini berkata, setiap hari mereka memperuntukkan sekurang-kurangnya dua jam untuk mengulang kaji pelajaran.
Mereka yang berkongsi buku teks untuk mengulang kaji pelajaran juga mempunyai cita-cita yang sama iaitu ingin menjadi jurutera dan berhasrat meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia.
Pelajar buktikan cacat, miskin bukan penghalang kejayaan
Utusan 22-02-2011

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Walaupun tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya (OKU), dua pelajar ini membuktikan bahawa kecacatan bukanlah penghalang untuk mencipta kejayaan.
Atas semangat dan daya juang yang tinggi, Low Hong Ping, 21, serta Mohd. Rifaat Hussin, 19, kedua-duanya dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John, Kuala Lumpur tidak pernah mengeluh atau merasakan kekurangan yang ada sebagai ‘jalan mati’ untuk menempuh hidup.
Untuk itu, mereka harus berbangga apabila penat lelah menjalani alam persekolahan akhirnya berbayar setelah diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Istimewa Cemerlang bagi kategori masing-masing untuk keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010.
Hong Ping menerima anugerah tersebut bagi kategori spastik manakala Mohd. Rifaat pula untuk kategori buta.
Bagi Mohd. Rifaat, formula kejayaannya cuma satu iaitu melipatgandakan usaha dan ulang kaji berbanding apa yang dilakukan oleh rakan seperjuangan yang bukan senasib dengannya.
“Hidup sebagai OKU tidak boleh dijadikan halangan untuk berjaya. Syukur kerana keluarga dan rakan-rakan sekelas banyak membantu.
“Saya menetap di asrama dan rakan-rakanlah yang menjadi ‘mata’ saya untuk membantu dalam pembelajaran. Dalam kelas pula, kita kena memberikan fokus yang lebih,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman STPM di Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang dekat sini hari ini.
Mohd. Rifaat yang berasal dari Seremban memperoleh dua A bagi mata pelajaran Pengajian Am dan Kesusasteraan Melayu manakala Bahasa Malaysia (A-); Pengajian Perniagaan (A-) dan Syariah (B-).
Selepas ini beliau merancang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) atau Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) demi mengejar cita-cita menjadi seorang pendidik.
Bagi Hong Ping pula, meski serba kekurangan dan terpaksa ditemani ibu, Cheong Yee Yee, 50, untuk melakukan apa jua kerja, kejayaan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikecapi.
“Selepas ini saya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di mana-mana universiti tempatan. Tetapi kalau boleh, saya mahu belajar di UM kerana dekat dengan rumah,” katanya.
Beliau memperoleh dua A dalam mata pelajaran Ekonomi dan Pengajian Perniagaan manakala dua A- iaitu Pengajian Am serta Matematik S.
Sementara itu, Syivero Patrick, 19, yang diumum sebagai pelajar cemerlang bagi kategori luar bandar berkata, di sebalik kehidupan keluarga yang serba kekurangan, pelajaran baginya perlu menjadi keutamaan untuk membawa keluarganya keluar daripada kepompong kemiskinan.
“Semasa menduduki STPM, memang banyak dugaannya. Selain bersekolah, saya terpaksa mencari kerja untuk menampung perbelanjaan.
“Sebahagian upah kerja sampingan yang saya perolehi, dapat juga saya gunakan untuk beli buku dan membayar yuran peperiksaan.
“Saya pun tidak menyangka diumum sebagai pelajar cemerlang. Sudah tentu saya mahu teruskan pengajian ke universiti selepas ini,” ujar bekas pelajar SMK Kota Marudu, Kota Marudu, Sabah itu.
Berlainan pula bagi pasangan kembar Charlotte Teong Chuin Yi dan Aimee Teong Chuin Ai, 20, dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya.
Bagi mereka, diumum sebagai pelajar cemerlang STPM 2010 merupakan saat paling manis dalam hidup dan ia sudah tentu atas disiplin yang ditekankan oleh keluarganya ketika belajar.
“Walaupun kembar, kami memiliki cita-cita yang berlainan. Saya sendiri mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan manakala kakak, Aimee, pula lebih meminati bidang perubatan,” kata Charlotte yang menjadikan Aimee sebagai ‘rakan kongsi’ untuk bersama mencipta kejayaan.

Permohonan ke Uitm 2011

sila ke laman sesawang uitm di sini untuk info lanjut dan di sini untuk iklan tawaran

I Mas C U


Sistem Semakan Syarat Khas Program ke IPTA (i-MAS-C-U) boleh digunakan untuk membuat semakan syarat bagi program yang ditawarkan pada semua IPTA di Malaysia.

Semakan boleh dibuat untuk program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi Lepasan :

* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
* Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
* Matrikulasi KPM
klik di sini untuk ke sana

iklan belajar di MARA

iklan permohonan ke IPM sesi Julai 2011
klik di sini untuk iklan

Portal UPIM
syarat PKS-UMK
syarat GMI
syarat IKM_KKTM
syarat KPM

%d bloggers like this: