SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

Category Archives: PMR

Majlis Dialog Pelajar Cemerlang PMR

klik di sini untuk gambar

Advertisements

Keputusan PMR 2010

Keputusan PMR akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari Khamis tersebut mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

keputusan SMT & SMV 2011

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke SMT dan SMV 2011

Para pelajar yang telah menduduki PMR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 4 2011 di Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.

Semakan Permohonan
Semakan permohonan ke Tingkatan 4 SMT dan SMV boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.
Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011 adalah di Semakan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011.
Rayuan
Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
Rayuan boleh dibuat terus kepada Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.
Sila rujuk Senarai Sekolah Menengah Teknik / Vokasional.
Borang rayuan boleh dimuat-turun di Borang Rayuan Kemasukan ke SMT/SMV 2011.
Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Tingkatan 4 2011

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Tingkatan 4 2011

sila klik di sini untuk ke borang permohonan online

sila baca seterusnya untuk kefahaman anda sebelum mengisi borang…

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2011.

Aliran
Sekolah Menengah Teknik
Aliran Teknikal
Aliran Vokasional
Aliran Kemahiran
Sekolah Menengah Vokasional
Aliran Vokasional
Aliran Kemahiran
Aliran Teknikal

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.

Aliran teknikal menyediakan 5 kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan dan AgroTeknologi.

Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.

Aliran Vokasional

Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.

Aliran vokasional menyediakan 19 kursus iaitu Automotif, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Elektrik dan Elektronik, Binaan Bangunan, Pengurusan Teknologi Pejabat, Pengurusan Perniagaan, Fesyen, Katering, Seni Kecantikan, Perkembangan dan Perkhidmatan Kanak-kanak, Bakeri, Pelancongan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap, Teknologi Tanaman, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan dan Pengaturcaraan Komputer

Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

Aliran Kemahiran

Pelajar aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pelajar yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri. Pelajar akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, pelajar boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.

Aliran kemahiran menyediakan 21 kursus iaitu Pemesinan Am, Jurukimpal, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Mekanik Kenderaan Motor, Mekanik Penyejukan dan Penyamanan Udara, Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu, Jurupaip, Pelukis Pelan Senibina, Wood Processing and Finishing Technology (Furniture), Juruteknik Elektrik, Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan, Juruteknik Elektronik Audio Visual, Demi Chef, Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita, Pendandan Rambut, Jurukecantikan, Juruteknik Akuakultur, Juruteknik Ladang Pertanian dan Program Industri Ekuin.

Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada pelajar aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang pelajar mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.

Syarat Umum
Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

Pemohon hendaklah:

Berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010.
Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.

Kesihatan

Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.

Perkara-perkara berikut perlu diambil kira: Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy), yang serius dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja kursus dan kerja amali.

Pemohon kursus Kejuruteraan Elektrik (Aliran Teknikal), kursus Elektrik dan Elektronik (Aliran Vokasional) serta kursus Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan (Aliran Kemahiran) mestilah tidak rabun warna.

Permohonan

    Permohonan ke SMT dan SMV boleh dibuat dengan dua cara:

    Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2011.

    Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau SMV yang berdekatan. Borang permohonan boleh dimuat turun di Borang Permohonan Kemasukan SMT/SMV.

    Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada pertengahan Januari 2011. Mereka yang tidak berjaya boleh membuat rayuan terus ke Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.

    Maklumat

      Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2011.

      Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.

      Tarikh Tutup

        Tarikh tutup permohonan untuk ke Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2011 belum dimaklumkan lagi.

        Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2011 Semenanjung Malaysia

        Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2010 warganegara Malaysia yang akan menduduki PMR 2010 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2011.

        MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

        Syarat Kelayakan Masuk MRSM
        Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2010.
        Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2010.
        Syarat Kelayakan Memohon MRSM
        Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
        Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
        Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.

        Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
        Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2010.
        Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.
        Pemilihan
        Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
        Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
        Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
        Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.
        Permohonan
        Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
        Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4. (Pautan akan hanya dibuka pada 27 September 2010)
        Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
        Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
        Permohonan Ke Tingkatan 4, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.
        Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan
        Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 27 September 2010 secara percuma.
        Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010, yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.
        Tarikh Tutup
        Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2011 akan ditutup pada 21 Oktober 2010.
        Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2010.
        Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011.
        Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

        Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 Tahun 2011

        The SBP logo

        Image via Wikipedia

        Para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2010 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 4 2011 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 58 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.

        Permohonan SBP Tingkatan 4 2011
        Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2011 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
        Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua sekolah asal untuk disahkan. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

        Tarikh Tutup
        Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2011 akan ditutup pada 15 Oktober 2010.
        Maklumat
        Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
        Sila semak senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.

        %d bloggers like this: