SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

Category Archives: SPM

result spm

result spm hari rabu 21hb ini. biasanya boleh ambil lepas jam 10 pagi

Advertisements

KPLSPM 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia memperlawa calon lulusan Sijil pelajaran Malaysia ( SPM ) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Syarat dan kelayakan:

* Warga negara Malaysia
* Umur tidak lebih 20 tahun pada 20 jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991
* Sihat fizikal dan mental
* Aktif dalam ko kurikulum
* Mempunyai kelayakan akademik di peringkat SPM dengan mendapat cemerlang dalam 3 mata pelajaran dan
* sekurang2 kepujian dalam 3 mata pelajaran Bahasa melayu, sejarah, satu mata pelajaran yang lain serta lulus bahasa inggeris
* Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Berminat sila beli no pin ID maktab perguruan KPLSPM di Bank simpanan Nasional mulai 7 Mac dengan harga RM6.00

Boleh mula mengisi di Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 7/3/2011

Tarikh tutup ialah pada 21 Mac 2011

klik untuk iklan kplspm

I Mas C U


Sistem Semakan Syarat Khas Program ke IPTA (i-MAS-C-U) boleh digunakan untuk membuat semakan syarat bagi program yang ditawarkan pada semua IPTA di Malaysia.

Semakan boleh dibuat untuk program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi Lepasan :

* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
* Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
* Matrikulasi KPM
klik di sini untuk ke sana

iklan belajar di MARA

iklan permohonan ke IPM sesi Julai 2011
klik di sini untuk iklan

Portal UPIM
syarat PKS-UMK
syarat GMI
syarat IKM_KKTM
syarat KPM

IPTA, TEVT & ILKA 2011/2012

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT Dan ILKA Sesi Akademik 2011/2012 Ambilan Julai 2011

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memutuskan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi akademik 2011/2012 adalah seperti berikut :

Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf
Ini terbahagi kepada dua iaitu :

Kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Peringkat Diploma Dan Program Persediaan di IPTA Sesi Akademik 2011/2012 atau Ambilan Julai 2011; dan

Kemasukan ke Program Sijil dan Diploma di Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Ambilan Tahun 2011.

FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan
Tarikh : 1 November 2010 – 31 Disember 2010

FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011

Pembelian Nombor Unik ID BSN
Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian.
Harga Unik ID adalah RM 10.60 seorang

Secara Individu
Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011
Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, TEVT & ILKA

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, TEVT & ILKA
BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF 2010
sesi kemasukan 2011/2012

kepada semua pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak berapa lagi…. merujuk kepada sesi taklimat kemasukan ke IPTA, TEVT dan ILKA… anda diingatkan supaya memahami beberapa perkara berikut antaranya;

1. fasa 1 = pengisian permohonan telah dibuka mulai 1 november hingga 31 Disember 2010. anda boleh membuat permohonan mulai sekarang..

2. dapatkan CGPA bagi markah kegiatan kokurikulum anda sebelum mengisi borang tersebut. jika belum ada markah isi 0.00 dan ubah kembali selepas mendapat markah sebenar

3. No unik ID yang akan diperolehi belum digunakan bagi fasa 1. no tersebut akan diguna pakai semasa mengisi kembali permohonan tersebut bagi fasa 2. anda cuma perlu daftar dahulu dan INGAT password anda.

4. kod sekolah adalah tea1043

5. Permohonan FASA 2 dibuka mulai 10 JANUARI 2011 hingga 4 APRIL 2011… fasa ini anda membuat pilihan program pilihan anda

6. pada segmen E, sila pilih permohonan ke IPTA sahaja atau permohonan ke TEVT dan ILKA sahaja atau anda boleh memilih permohonan kedua2 nya…

7. Pemohon wajib klik pada ruangan Peringatan dan Perakuan Permohonan.

8. Bagi memastikan permohonan selamat diterima oleh sistem, pastikan anda klik butang Sah & Hantar untuk menghantar maklumat ke dalam pangkalan data.

9. Selepas selesai mengemukakan permohonan, sila semak maklumat anda di bahagian SEMAKAN. Sekiranya permohonan anda telah selamat diTERIMA oleh sistem, anda SEPATUTNYA boleh membuat SEMAKAN dan KEMASKINI.

10. Selepas permohonan BERJAYA dikemukakan, anda dibenarkan mengemaskini permohonan sebanyak 3 kali sahaja sehingga tarikh tutup permohonan. Sekiranya anda telah melebihi peluang kemaskini, anda TIDAK LAGI dibenarkan untuk mengemaskini permohonan.

11. jangan malu bertanya atau merujuk kepada guru kaunseling anda. mereka sedia membantu anda… sekian terima kasih

sila klik di sini untuk ke laman web upu

sila klik di sini untuk panduan pengisian permohonan yang lengkap

sila klik di sini untuk panduan tarikh penting berkenaan permohonan

%d bloggers like this: