SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

Monthly Archives: Mac 2011

Keputusan spm 2010

Keputusan peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) 2010
boleh diperolehi daripada sekolah
masing-masing mulai pukul 10.00
pagi 23 Mac 2011 ini. Manakala calon
persendirian akan menerimanya
melalui pos.
Semakan SPM Secara SMS
Mulai tahun ini keputusan peperiksaan SPM 2010
boleh disemak melalui sms. Semakan SMS
keputusan SPM 2010 boleh dibuat bermula dari
jam 10:00 pagi 23 Mac 2011 sehingga jam 12
tengahmalam 30 Mac 2011.
Format Semakan SMS
Cara untuk membuat semakan adalah dengan
menaip SPM SEMAK [nombor MyKad] [Angka
Giliran SPM] dan sms ke 15888.
Contoh: SPM SEMAK 900104086077 BC0001A040
sms ke 15888.

Karnival pendidikan MARA

Pergi jgn tak pergi. 15 dan 16hb di t t c k trg.

KPLSPM 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia memperlawa calon lulusan Sijil pelajaran Malaysia ( SPM ) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Syarat dan kelayakan:

* Warga negara Malaysia
* Umur tidak lebih 20 tahun pada 20 jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991
* Sihat fizikal dan mental
* Aktif dalam ko kurikulum
* Mempunyai kelayakan akademik di peringkat SPM dengan mendapat cemerlang dalam 3 mata pelajaran dan
* sekurang2 kepujian dalam 3 mata pelajaran Bahasa melayu, sejarah, satu mata pelajaran yang lain serta lulus bahasa inggeris
* Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Berminat sila beli no pin ID maktab perguruan KPLSPM di Bank simpanan Nasional mulai 7 Mac dengan harga RM6.00

Boleh mula mengisi di Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 7/3/2011

Tarikh tutup ialah pada 21 Mac 2011

klik untuk iklan kplspm

Prog pra diploma uitm

Permohonan pra diploma uitm telah di buka mulai 1 hingga 31 mac. Syarat dan kelayakan sila lawati laman ini. online.uitm.edu.my/

Info Guru

KURSUS PRAPERKHIDMATAN
Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara program yang ditawarkan ialah:

i. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) : KPLI – SR , KPLI – j-QAF

SYARAT KELAYAKAN

* Warganegara Malaysia.
* Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
* Umur tidak melebihi 35 tahun
* Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara
* Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
* Calon KPLI j-QAF hendaklah memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Al-Quan atau dalam bidang yang berkaitan.

IKATAN PERJANJIAN

* KPLI SR – 2 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan
* KPLI j-QAF –

3 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan

Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) : PISMP, PPC, B-ed Tesl

SYARAT KELAYAKAN

* Warganegara Malaysia.
* Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
* Umur tidak melebihi 20 tahun
* Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
* Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :
o Bahasa Melayu
o Sejarah
o Satu mata pelajaran yang lain serta;
o Lulus Bahasa Inggeris

* Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon

IKATAN PERJANJIAN

– 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan

Cara permohonan ialah menerusi laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (on-line application)