SMK Balai Besar Dungun Terengganu

Sepakat Menjana Kecemerlangan Berbagai-bagai Bidang

Logo Sekolah

logo bb

DESKRIPSI LENCANA SMKBB

 

Deskripsi Item-item

           

1.         Rupa lencana ini merupakan bentuk yang tipikal di dalam reka bentuk lencana masa kini.

2.         Jenis huruf yang digunakan untuk SMK Balai Besar ialah cooperplate bold.

3.         Perkataan Dungun juga menggunakan huruf jenis cooperplate bold.

4.         Perkataan menjana Kecemerlangan dan Tahun 2004/1424 menggunakan huruf jenis arial bold.

 

 

A.        Warna

 

Ungu

Melambangkan kesuburan jiwa warga SMK Balai Besar.

Pink Muda

Melambangkan keberanian dan semangat waja dalam sanubari warga SMKBB dalam pelbagai bidang.

Kuning 

Melambangkan unsur ketaatan dan kepatuhan pelajar kepada pendidik

Putih

Melambangkan kesucian dan kebersihan jiwa.

 

B.         Elemen-elemen grafik

 

Tiga Gelung Berangkai

Menunjukkan adanya unsur-unsur kokurikulum.

Lambang Pena

Melambangkan kegigihan dan usaha yang berterusan dalam mencari ilmu pengetahuan.

Al-Quran terbuka

Menggambarkan setiap aktiviti mahupun pembelajaran ilmu atau kokurikulum adalah berpandukan ketelusan dan keikhlasan jiwa

Buku di bawah Al-Quran

Melambangkan rujukan jitu dalam mencari ilmu

Rehal  

Melambangkan darjat dan kemuliaan ilmu.

Bulan dan bintang (kiri)

Menggambarkan lambang negeri Terengganu.

Bulan dan bintang (kanan)

Menggambarkan lambang Negara Malaysia